Jalan Negeri Kedah K708
Jalan Negeri Kedah K708 | |
---|---|
Jalan Bukit Charuk Nau | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling | |
Panjang | 1.92 km[1] (1.19 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | FT76 di Bandar Baling |
| |
Hujung timur | Taman Sri Aman |
Lokasi | |
Destinasi utama |
|
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Negeri Kedah K708 (K708) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.91 kilometer (1.2 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Bandar Baling di barat dengan Taman Sri Aman, Kampung Charuk Nau di timur.[3]
Deskripsi laluan
[sunting | sunting sumber]Jajaran
[sunting | sunting sumber]Jalan Negeri Kedah K708, bermula di Bandar Baling, dalam pentadbiran Mukim Bongor, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di bulatan Jalan Persekutuan 76 (Jalan Pengkalan Hulu) dengan Jalan Badlishah. Jalan raya ini akan membengkok ke tenggara selepas melepasi bulatan. Di Kampung Banggol Lada, terdapat dua simpang tiga, iaitu simpang tiga pertama di Taman Bukit dan yang kedua merupakan simpang K753 (Jalan Kampung Bendang Sera), terletak berhampiran dengan Rumah Rehat Baling. Jajaran diteruskan, di Taman Abadi berhampiran Sekolah Model Khas Baling dan GiatMARA Baling, jalan raya ini akan bersimpang tiga hala dengan K709 (Jalan Charuk Nau), jalan utama ke Taman Harmoni.[4][5]
Selepas melepasi simpang tersebut, jalan raya ini akan melalui Kawasan Tanah Perkuburan Islam Charuk Nau dan Masjid Al-Hijrah Taman Sri Aman. K708 akan tamat di simpang tiga di Taman Sri Aman bersimpang dengan Jalan Taman Sri Aman dan Jalan Taman Abadi B.[4][5] Kesemua jajaran Jalan Negeri Kedah K708 terletak di Mukim Baling.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K708, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong.[4]
Nama
[sunting | sunting sumber]Ia dikenali sebagai Jalan Charuk Nau dan Jalan Rumah Rehat Baling dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K708 ialah Jalan Bukit Charuk Nau.[1]
Persimpangan utama
[sunting | sunting sumber]Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Bandar Baling | 0.00 | FT76 (Jalan Pengkalan Hulu) – Pengkalan Hulu, Kuala Ketil, Gerik Jalan Badlishah – Pusat Bandar, Hospital Baling, Kampung Weng | Penghujung barat K708 | ||
Kampung Banggol Lada | 0.20 | Lorong Bukit 1 – Taman Bukit | |||
0.60 | Seri Baling Inn (Rumah Rehat Baling) | ||||
0.75 | K734 K734 (Jalan Kampung Bendang Sera) – Kampung Bendang Sera, Taman Berlian | ||||
Kampung Charuk Nau | 1.30 | K709 (Jalan Titi Teduri) – Taman Harmoni, Kampung Titi Teduri | |||
1.91 | Taman Abadi B, Taman Sri Aman | Penghujung timur K708 | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
- ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b c World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.