Jalan Negeri Kedah K705

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Jalan Negeri Kedah K705
Maklumat laluan
Panjang2.22 km (1.38 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Sekolah
Persimpangan utama Jalan Batu 49 Bongor-Rambong
Jalan Baling-Simpang Sik
Hujung timurKampung Telok Sungai Durian
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Lahar
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kampung Lahar-Teluk Sungai Durian (Laluan Negeri Kedah K705) merupakan jalan raya negeri di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[1] Jalan raya sepanjang 2.223 kilometer (1.4 bt) ini diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.[2]

Permulaan jajaran Jalan Kampung Lahar-Teluk Sungai Durian terletak di Kampung Sekolah, Kedah di Jalan Baling-Simpang Sik (K10). Jajaran akan berakhir di simpang tiga Kampung Telok Sungai Durian di mana ia akan bertemu dengan Jalan Batu 49 Bongor-Rambong (K704).[2] Pada 3 November 2021, kejadian tanah runtuh telah berlaku di Seksyen 1.60-1.63 (di kawasan berbukit dekat Kampung Lahar) Jalan Kampung Lahar-Teluk Sungai Durian pada jam 8:46 pagi (MST).[3] JKR Baling telah menutup laluan ini kepada penduduk setempat akibat keadaan jalan yang tidak selamat dan berbahaya, dan mencadangkan penduduk setempat menggunakan laluan alternatif yang terdekat.[3][4]

Senarai simpang

[sunting | sunting sumber]
Negeri Daerah km Nama Tujuan Nota
Kedah Daerah Baling 0 Jalan Baling-Simpang Sik Baling, Kampung Gulau, Sik, Batu 49 Bongor, Kampung Sekolah Persimpangan
1 Kampung Lahar
Kampung Telok Sungai Durian
2 Jalan Batu 49 Bongor-Rambong Kampung Rambong, Pengkalan Hulu, Baling Persimpangan

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  2. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-01-01. Dicapai pada 2021-08-31.
  3. ^ a b @JKRDaerahBaling (November 4, 2021). "Pemakluman Penutupan Jalan K705 Kampung Lahar-Kampung Teluk Sungai Durian akibat Tanah Runtuh" (Twit) – melalui Twitter.
  4. ^ "Laporan Bencana pada 4 Januari 2022". Facebook. Jabatan Kerja Raya Malaysia. 2022-01-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-05. Dicapai pada 2022-01-05.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]