Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/10 April
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
- 1815 – Gunung Tambora di Indonesia memulakan letusan gunung berapi yang paling kuat dalam catatan sejarah, menyebabkan perubahan iklim dunia.
- 1858 – Loceng menara jam Istana Westminster di London, Big Ben, dituang selepas loceng asal retak semasa ujian.
- 1919 – Ketua Pemberontakan Mexico Emiliano Zapata ditembak mati berhampiran dengan Ciudad Ayala, Morelos.
- 1959 – Bakal Maharaja Jepun, Putera Mahkota Akihito berkahwin dengan Michiko (gambar), orang biasa pertama berkahwin dengan kerabat diraja Jepun.
- 2010 – Pesawat yang membawa Presiden Poland Lech Kaczyński terhempas ketika cuba mendarat berhampiran Smolensk, Rusia, mengorbankan semua di dalamnya.
Hari-hari sebelum: 9 April – 8 April – 7 April