Sultan Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sultan Johor
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
sejak 23 Januari 2010
kemahkotaan 23 Mac 2015
Butiran
Pewaris takhta
  1. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
    Tunku Mahkota Johor
  2. Tunku Iskandar
    Ibni Tunku Ismail

    Raja Muda Johor
  3. Tunku Abu Bakar Ibni Tunku Ismail
    Putera ketua Tunku Mahkota Johor
Penyandang pertama
  1. Sultan Alauddin Riayat Shah II Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah
    Sultan Johor Lama pertama, Wangsa Kesultanan Melaka
  2. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Ibni Almarhum Bendahara Tun Abdul Majid I
    Sultan Johor pertama, Wangsa Bendahara Johor
  3. Maharaja Tun Daeng Ibrahim I Ibni Almarhum Temenggong Tun Daeng
    Abdul Rahman

    Maharaja Johor (De facto), Wangsa Temenggong Johor
  4. Sultan Sir Abu Bakar Al-Kallil Ibrahim Shah Ibni Almarhum Maharaja Tun Daeng Ibrahim I
    Sultan Johor Moden pertama, Wangsa Temenggong Johor
Pembentukan1888; 136 tahun yang lalu (1888)
PersemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru
Panji peribadi Sultan Johor

Sultan Johor (Jawi: سلطان جوهر) ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Pada zaman lalu, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati seorang Bendahara Johor. Pada masa ini peranan Bendahara Johor diambil alih oleh Menteri Besar Johor.

Gelaran rasmi bagi Sultan Johor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim" (Jawi: سلطان يڠ دڤرتوان باڬي نڬري دان ججهن تعلوق جوهر دارالتعظيم)

Peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Menurut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, istilah raja digunakan untuk merujuk kepada pemerintah Kerajaan Negeri Johor, segala jajahan dan daerah takluknya.[1]

Sultan Johor yang dilantik haruslah dari kalangan berbangsa Melayu dan berdarah raja iaitu berasal dari keturunan pemerintah Johor kini (Dinasti Temenggung) serta beragama Islam. Hal ini juga turut digunapakai untuk pewaris takhta Kesultanan Johor.

Pewarisan Takhta

[sunting | sunting sumber]

Dengan tergubalnya Undang-undang Tubuh Kerajaan tersebut, raja yang dilantik haruslah dari kalangan zuriat Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim. Undang-undang turut menegaskan bahawa perlantikan orang lain selain dari keturunan zuriat Sultan Abu Bakar adalah tidak sah jika masih terdapat zuriat Sultan yang sah dan layak menjadi Sultan. Hal ini diberi pengecualian jika keturunan yang masih ada tidak layak kerana kecacatan besar (gila, buta, bisu) atau mempunyai sifat keji mengikut pandangan hukum syarak.[2]

Undang-undang turut menjelaskan sekiranya tiada langsung zuriat keturunan Sultan Abu Bakar yang layak dilantik oleh raja, maka raja hendaklah dilantik dari keturunan Temenggung Ibrahim itu dari keturunan adik-beradik Sultan Abu Bakar. Jika tiada juga yang layak dari kalangan tersebut, raja hendaklah dilantik dari kalangan keturunan zuriat Temenggung Abdul Rahman daripada keturunan adik-beradik Temenggung Ibrahim. Setiap keturunan itu pula harus dibuktikan mempunyai hubungan darah yang sah dan halal dengan raja-raja tersebut.[3]

Jika tiada juga sebarang orang yang layak untuk dilantik menjadi raja dari kalangan keturunan Sultan Abu Bakar, Temenggung Ibrahim dan juga Temenggung Abdul Rahman, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor memberi tanggungjawab kepada ahli Mesyuarat Kerajaan dan Jumaah Majlis Diraja Johor utuk membuat perlantikan dari kalangan orang biasa yang bukan berdarah raja. Raja yang baharu yang hendak dilantik tersebut haruslah seorang lelaki beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat negeri Johor, cukup umur, individu yang merdeka dan bukan dari kalangan hamba, mempunyai tingkah laku dan budi pekerti yang baik, serta mempunyai ilmu pengetahuan yang luas yang pandai menulis dan membaca.[4]

Lazimnya, sebelum seseorang raja itu mangkat, raja tersebut akan menetapkan penggantinya dahulu. Maka, mengikut Undang-undang Tubuh, orang yang paling layak ditetapkan sebagai pengganti Sultan Johor ialah waris iaitu anak lelaki yang paling tua umurnya.[5] Dia secara rasminya hendaklah digelar sebagai "Tunku Mahkota Johor" dan gelaran ini hanya boleh ada seorang sahaja pada satu-satu masa dan tidak boleh dikongsi atau digunakan oleh anak-anak raja yang lain yang bukan bakal pengganti raja.[6] Walau bagaimanapun, Sultan Johor berhak melantik penggantinya iaitu Tunku Mahkota Johor dari kalangan anak-anak lelaki yang lain yang tidak semestinya paling tua sekiranya dirasakan anak lelaki yang paling tua itu tidak layak mengikut undang-undang.

Jika seseorang pengganti raja itu menaiki takhta apabila raja sebelumnya mangkat dan pengganti itu masih belum berumur 21 tahun (mengikut kalendar Islam), hendaklah Jumaah Majlis Diraja mengadakan seorang pemangku dari kalangan menteri kerajaan yang tidak kira sama ada berdarah raja atau tidak. Tanggungjawab pemangku tersebut akan bertanggungjawab terhadap semua tingkah laku dan perbuatan raja yang belum cukup umur itu. Andainya raja yang belum cukup umur atau pemangku itu sendiri melakukan perkara yang bercanggah dengan undang-undang, pemangku tersebut boleh dipecat dan digantikan.[7]

Senarai Sultan Johor

[sunting | sunting sumber]

Garis masa Sultan Johor

[sunting | sunting sumber]
Temenggung JohorWangsa BendaharaKesultanan Melayu MelakaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSultan Ismail ibni Sultan IbrahimSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarSultan Abu Bakar Daeng IbrahimRaja Temenggung Tun Daeng IbrahimSultan Ali Iskandar ShahSultan Hussain ShahSultan Abdul Rahman Muazzam ShahSultan Mahmud Shah IIISultan Ahmad Riayat ShahSultan Abdul Jalil Muazzam ShahSultan Sulaiman Badrul Alam ShahSultan Abdul Jalil Rahmat ShahSultan Abdul Jalil IVSultan Mahmud Shah II dari JohorSultan Ibrahim Shah dari JohorSultan Abdul Jalil Shah IIISultan Abdullah Ma'ayat ShahSultan Alauddin Riayat Shah IIISultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah IISultan Abdul Jalil Shah ISultan Muzaffar Shah IIAlauddin Riayat Shah II dari Johor

Sistem pewarisan Kesultanan Johor

[sunting | sunting sumber]
Gelaran Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Usia Tempat Kemangkatan Tarikh Berkahwin Pasangan Diraja Cucunda kepada Cicinda kepada Ciut kepada Piut kepada
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar (1984-06-30)30 Jun 1984 Johor 40 tahun, 2 bulan dan 24 hari N/A 24 Oktober 2014 Che' Puan Besar Khaleeda Bustaman Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad
Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim (1970-07-20)20 Julai 1970 Johor 54 tahun, 2 bulan dan 3 hari N/A 2006 Tunku Teh Mazni Tunku Yusuf Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad Sultan Ibrahim II Iskandar al-Masyhur & Sultanah Maimunah Ungku Abdul Majid
Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail Idris (2017-10-14)14 Oktober 2017 Johor 6 tahun, 11 bulan dan 9 hari N/A N/A N/A Sultan Ibrahim III Ismail & Raja Zarith Sofiah Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah
Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (1987-12-25)25 Disember 1987 Johor 36 tahun, 8 bulan dan 29 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad
Tunku Laksamana Johor kosong kosong Johor kosong kosong kosong kosong kosong kosong
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassan al-Jeffri (1993-02-05)5 Februari 1993 Johor 31 tahun, 7 bulan dan 18 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad
Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Ibrahim (2001-05-30)30 Mei 2001 Johor 23 tahun, 3 bulan dan 24 hari N/A N/A N/A Sultan Iskandar & Enche’ Besar Kalsom Abdullah Sultan Ismail al-Khalidi & Sultanah Aminah Ungku Ahmad

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Makna Bagi Perkataan-perkataan", Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  2. ^ Fasal 3, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  3. ^ Fasal 4, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  4. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  5. ^ Fasal 5, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  6. ^ Fasal 7, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  7. ^ Fasal 10, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895