Rosni Sohar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Datuk

Rosni Sohar

PJN; DMSM (Melaka)
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Hulu Bernam
Dalam jawatan
2013–2023
Didahului oleh Mohamed Idris Abu Bakar[1]
Digantikan oleh Muizzuddeen Mahyuddin
Majoriti20 (PRU-14)
3,032 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir (1958-02-01) 1 Februari 1958 (umur 66)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganAziz Deraman (m.2019)

Datuk Rosni binti Sohar ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADN Hulu Bernam selama dua penggal (2013-2023).

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam di bawah Parlimen Hulu Selangor, Selangor dengan memperoleh majoriti undi tipis, iaitu sebanyak 20.

Beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 8,164 undian ketika menentang Mohd Amran Sakir daripada parti Pakatan Harapan yang mendapat 8,144 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, turut bertanding calon daripada Pas, Mohamed Salleh Ri dengan mendapat 2,554 undian.

Pada PRU13 Rosni yang juga  yang juga mewakili BN  mendapat undian 10,397.

Rosni ketika itu menentang Idris Ahmad daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 7,365 undi.

Beliau menang dengan majoriti 3,032.

Kerjaya:

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Selangor (2013 hingga kini)

Jawatan dalam politik:

  • Penolong Setiausaha Wanita UMNO (2013 -2016)

Pendidikan:

  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Setelah memenangi kerusi DUN Hulu Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau telah mengekalkan kemenangan untuk kawasan yang sama pada Pilihan Raya Umum ke-14.[2]

Di peringkat parti, Rosni Sohar juga menyandang jawatan ketua pergerakan wanita UMNO Negeri Selangor bagi sesi 2018-2021.[3]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Rosni Sohar di Facebook - Profil Facebook