Mohd Ariffin Mohd Arif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mohd Arifin Mohd Arif)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Mohd Ariffin Mohd Arif

PGDK (Sab)
Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah
Memegang jawatan
8 Oktober 2020
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Membakut
Memegang jawatan
2004
Majoriti3,421 (PRU-16)
2,403 (PRU-15)
3,510 (PRU-14)
3,499 (PRU-13)
Butiran peribadi
LahirMohd Ariffin bin Mohd Arif
(1963-05-08) 8 Mei 1963 (umur 61)
Kimanis, Papar, Sabah
Parti politik GAGASAN (sejak 2023)
BERSATU (2020-2022)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (-2019)
PasanganDatin Lenny Natasha Musa (k. 2007)
HubunganMusa Aman (bapa mentua)
Yamani Hafez Musa (ipar)

YB Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif (lahir 8 Mei 1963) adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Membakut.[1] Beliau pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Pada 5 Februari 2023, beliau secara rasmi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau telah berkahwin dengan Datin Lenny Natasha Musa, anak kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pada 2007 lalu.[2]

Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[3]

Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[4]

Selepas itu, mereka keluar dari BERSATU pada 10 Disember 2022, dan menyertai GAGASAN iaitu salah satu parti komponen di dalam Gabungan Rakyat Sabah

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]