Raifal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4778957 pada 08:27, 26 April 2020 oleh CommonsDelinker (bincang | sumb.) (Fail Baker_rifle_(no_bayonet).png telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Christian Ferrer)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Raifal Lee-Enfield № 4 Mk I
Raifal L1A1 SLR

Raifal (bahasa Inggeris: "Rifle") adalah sejenis senjata api yang direka untuk ditembak dibahu. Larasnya mempunyai alur berpilin atau berbentuk alur yang dipotong pada dinding larasnya. Apabila projektil (untuk kegunaan senjata kecil, ia dikenali sebagai peluru) ditembak, pergerakan secara momentum berputar akan memperbaiki ketepatan dan meningkatkan jarak tembakan. Secara tradisi, raifal ditembak menggunakan sebutir projektil setiap kali picu ditarik. Bagaimanapun raifal gempur moden boleh menembak secara bertubi-tubi atau dalam mod automatik sepenuhnya. Raifal digunakan di dalam peperangan, memburu dan sukan menembak.