Astro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 370155 pada 09:33, 6 Oktober 2007 oleh Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Astro
JenisTelevisyen Satelit Swasta
Negara
KetersediaanKebangsaan
MotoMaking your life richer (2003-kini)
The future is Direct-To-U (1996-2003)
Orang penting
Dato' Badri Masri
Dato' Mohamed Khadar Merican
Ralph Marshall
Tan Poh Ching
Bernard Anthony Cragg
Chin Kwai Yoong
Laman sesawang
www.astro.com.my
Logo Astro lama

Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Sehingga Mei 2007, pelanggan Astro berjumlah 2.02 juta pelanggan (36.5% isi rumah di Malaysia), dengan 990,000 darinya adalah pelanggan Melayu.

Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio.

Saluran Astro

Selain saluran televisyen percuma, Astro menawarkan 75 saluran program hiburan, maklumat dan pendidikan yang dipancarkan melalui satelit selain 4 saluran Pay-Per-View(PPV). Astro juga menawarkan 17 saluran stesen radio.

Astro dalam rancangannya akan menambah lebih 50 saluran lagi pada 2007 menggunakan kapasiti daripada satelit MEASAT-3. Untuk itu, Astro menukar angka saluran kepada tiga digit mulai 1 Oktober 2007 supaya saluran-saluran baru mudah disenaraikan.

Garis Masa

Saluran baru di Astro adalah Astro Awani bermula 6 September 2007 dan Astro Oasis bermula Aidilfitri selain KBS World, Makkal TV, Raj TV, Chutti TV, Jaya TV, Asian Food Channel, Astro Xai Tai Yang dan Hua Hee Dai yang bermula Oktober 2007.

Sempena pelancaran program angkasawan negara pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas , Astro telah melancarkan saluran khas iaitu Angkasa1 (saluran 588) menerusi Pakej Famili selama 2 minggu iaitu bermula 8 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007.Saluran ini membuat siaran langsung dari Baikonur, Moscow, Astana dan Houston

Astro MAX

Astro MAX merupakan dekoder baru yang mampu merakam sesuatu rancangan di Astro selama 60 jam dengan kapasiti rakaman sehingga 80GB. Penonton boleh merakam sesuatu rancangan sambil menonton rancangan kegemaran di saluran lain dan boleh menonton kembali rakaman yang telah dibuat sebelum ini.

Harga Langganan

Mulai Jun 2007, Astro akan memperkenalkan harga langganan baru kepada pelanggannya dengan pertambahan yuran langganan sebanyak RM5 ke RM15 mengikut pakej. Astro juga akan menawarkan pakej minimum (hanya menawarkan pakej keluarga Astro) serendah RM37.95 berbanding sekarang RM49.95 (pakej keluarga Astro dengan tambahan 3 pakej mini). Sebelum ini pada Mei 2004 Astro pernah menaikkan harga sebanyak RM5 kepada pelanggannya.

Fail:Logo M007.gifFail:Logo M006.gifFail:Logo M031.gifFail:Logo M004.gifFail:Logo M009.gifFail:Logo M001.gifFail:Tviq.gifFail:Tvn.gif


Saluran yang ditawarkan dalam perkhidmatan Astro

Lihat juga

Pautan luar